Selasa, 16 Mei 2023. IKRAM telah mengadakan sambutan Mega Hari Raya Aidilfitri 1444H yang bertemakan “Majlis Jalinan Eidulfitri IKRAM”. Sambutan Hari Raya ini bertujuan untuk menyambut hari lebaran bagi umat islam pada masa yang sama mengeratkan silaturahim diantara sesama pekerja. Majlis gilang gemilang ini dihadiri oleh klien-klien terhormat IKRAM, pihak pengurusan Protasco Berhad, dan staf-staf IKRAM yang terdiri daripada 192 orang. Jumlah tetamu yang hadir pada Mega Hari Raya IKRAM ialah seramai 500 orang. Majlis disambut dengan begitu meriah dengan alunan lagu raya dan celoteh tetamu yang hadir.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.